Buktikan saya dapat manfaat ‘land swap’, Hishammuddin cabar Mat Sabu, Chin Tong

0
18

 

“Saya cabar Mat Sabu dan Chin Tong buktikan saya mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi.”

 

BEKAS menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein mencabar penggantinya, Mohamad Sabu dan timbalannya, Liew Chin Tong membuktikan beliau mendapat manfaat daripada perjanjian “land swap” di bawah pentadbirannya.

Hishammuddin mengulas laporan media mengenai kerugian lebih RM500 juta ditanggung kerajaan akibat perjanjian “land swap” ketika beliau menjadi menteri pertahanan dengan 4 daripada perjanjian itu berlaku sejak 1997, ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri buat kali pertama.

“Saya cabar Mat Sabu dan Chin Tong buktikan saya mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi.

“Nasihat saya kepada mereka berdua ialah jangan mengkritik orang lain kerana masing-masing ada silap sendiri.”

Khamis lalu, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa 13 daripada 16 projek “land swap” Kementerian Pertahanan yang dilakukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional membabitkan Hishammuddin dan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau turut mendakwa kerajaan kerugian lebih RM500 juta akibat projek itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah pada harga rendah dan projek “land swap” diberikan kepada pemaju tidak berkelayakan.

Beliau bagaimanapun menafikan Mahathir terbabit dalam perjanjian itu.

Menteri Pertahanan ketika itu ialah Syed Hamid Albar.

FMT cuba menghubungi Liew dan Syed Hamid untuk mengulas isu itu.

Hishammuddin berkata, sebarang siasatan perlu membabitkan semua perdana menteri dan menteri pertahanan.

Katanya, Mat Sabu dan Liew bersikap “pilih kasih dalam perkara ini dan mempolitikkan isu itu”.

Beliau mempersoalkan apa sumbangan mereka berdua bagi Kementerian Pertahanan sejak setahun lalu, selain mencari kesalahan pentadbiran terdahulu, termasuk Mahathir.

“Apa rancangan Mat Sabu dan Chin Tong untuk masa depan? Angkatan tentera kita ada hak untuk tahu,” katanya sambil menambah kebanyakan kem tentera perlu dinaik taraf.

Sebanyak 16 perjanjian “land swap” itu berlaku di Jalan Ampang di Kuala Lumpur, Tanah Batu Uban di Pulau Pinang, Bukit Raja dan Bandar Kinrara di Selangor, Pientong di Johor, Tanah Rata di Pahang serta Stampin di Sarawak.

http://bit.do/freemalaysiatoday
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here