Notis tutup sementara restoran waktu solat isyak, tarawih hanya nasihat

0
61

 

Notis ini dikeluarkan untuk menghormati waktu solat. Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan surat baru dalam bentuk notis ‘galakan’ bagi pemilik perniagaan untuk menutup premis selama tempoh satu setengah jam untuk menghormati masa solat (isyak dan tarawih) pada Ramadan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan PAS Kelantan hanya mengeluarkan arahan berbentuk nasihat bagi meminta pemilik kedai makan dan restoran supaya menutup premis perniagaan mereka mulai jam 8.30 malam sehingga 10 malam sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya terdapat peniaga gagal mengikuti nasihat itu, peluang akan diberikan untuk tahun yang lain.

“Tujuan notis ini dikeluarkan adalah untuk menghormati waktu solat, bukan untuk tempoh yang lama.

“Notis ini bukalah berbentuk arahan sehingga mereka akan dikenakan denda atau sebagainya,” katanya selepas merasmikan acara ‘Madinah Ramadan’ di Stadium Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau berkata, pejabatnya memberi ruang untuk pemilik kedai makan dan restoran menutup premis mereka secara sukarela sambil memberi cadangan untuk mereka melakukannya.

“Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan surat baru dalam bentuk notis ‘galakan’ bagi pemilik perniagaan untuk menutup premis masing-masing selama tempoh satu setengah jam untuk menghormati masa solat,” kata Ahmad Yakob.

Isnin lepas, Pejabat Setiausaha Negeri mengeluarkan surat itu kepada Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengarahkan kedai makan ditutup dari jam 8.30 hingga 10 malam pada bulan Ramadan.

Arahan itu mengundang kritikan orang ramai termasuk daripada Ahli PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menggesa kerajaan negeri menimbang semula arahan itu.

https://www.ismaweb.net/2019/05/12/notis-tutup-sementara-restoran-waktu-solat-hanya-nasihat/

— ISMAweb

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here