PRK Sandakan: DAP berjaya pertahan Parlimen Sandakan

0
37

 

Vivian Wong (DAP) memperoleh majoriti 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi; Linda Tsen Thau Lin (PBS) mendapat 4,491 undi, manakala tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi); Chia Siew Yung, 46, (178 undi); dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

SANDAKAN – DAP mempertahan kerusi Parlimen Sandakan selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee, 30, menewaskan empat pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini (11 Mei 2019).

Wong memperoleh majoriti 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi.

Selain Wong, PRK itu ditandingi calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin yang mendapat 4,491 undi dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi); Chia Siew Yung, 46, (178 undi); dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain mengumumkan keputusan berkenaan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan di sini pada jam 9 malam ini (11 Mei 2019).

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1725512

— Bernama

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here