[VIDEO] Mitos Pribumi Malas: Betul ke Melayu malas?

0
3

 

Jadi kemalasan ada di mana-mana, hatta di negara maju pun. Kemalasan bukan milik eksklusif bangsa Melayu. Memang ada segelintir Melayu yang malas, sama juga dengan semua bangsa lain di dunia ini. Tapi kebanyakan Melayu juga bekerja keras demi mencari rezeki dan keselesaan hidup. Jangan pukul rata …

ORANG Melayu dulu bangun sebelum subuh. Selepas solat subuh terus turun ke kebun menoreh getah. Ada yang turun menoreh sebelum subuh pun. Nyamuk jangan cerita. Harimau pun kadang-kadang ada.

Dalam pukul 9 atau 10 selesai menoreh. Kena tunggu susu getah penuh ‘pot’ baru boleh kutip masuk baldi. Kemudian bawa ke pondok untuk mesin jadi getah keping.

Sementara nak tunggu susu getah masuk ‘pot’ inilah mereka ke warung untuk minum kopi dan sembang-sembang. Masa ni lah Mat Salleh (orang Inggeris) baru bangun dan meronda masuk kampung. Dia tengok orang Melayu tadi dok bersembang lalu ditulis dalam bukunya ‘Melayu malas’.

Pesawah padi pun sama. Selesai musim menuai biasanya pada musim panas. Sementara nak tunggu hujan untuk membajak semula dan memulakan musim baru, pesawah berehat sejenak. Musim peralihan ni angin biasanya kuat. Sesuai untuk main layang-layang di bendang yang sudah dituai.

Lalu datang Mat Salleh meronda dan lihat orang Melayu dok main layang-layang. Lalu ditulis dalam bukunya ‘Melayu malas’, lebih banyak berlibur daripada bekerja.

Hari ni anak cucu penoreh getah dan pesawah ini membaca buku-buku yang ditulis Mat Salleh tadi. Lalu sebahagian mereka pun percaya sepenuh hati bahawa memang nenek moyang mereka pemalas.

Ketika saya menuntut di Amerika dulu saya lihat dengan mata kepala sendiri betapa malasnya Mat Salleh. Ada pensyarah Mat Salleh yang tak mau buat kuliah malam Selasa hanya kerana ada ‘American Football game live’ di TV. Ada yang tamatkan kuliah lebih awal jika pasukan kegemarannya bermain.

Setiap musim panas mereka bercuti 3 bulan. Summer semester jika kita belajar, kena bayar yuran lebih sebab gaji pensyarah lebih tinggi jika disuruh bekerja pada musim panas.

Pelajar Mat Salleh pula hari Khamis malam lagi dah nak mula ‘happy hour’, belum hujung minggu lagi. Mabuk dan berparti saja kegemaran kebanyakan mereka.

Jadi kemalasan ada di mana-mana, hatta di negara maju pun. Kemalasan bukan milik eksklusif bangsa Melayu. Memang ada segelintir Melayu yang malas, sama juga dengan semua bangsa lain di dunia ini.

Tapi kebanyakan Melayu juga bekerja keras demi mencari rezeki dan keselesaan hidup. Jangan pukul rata…

https://www.ismaweb.net/2019/05/12/video-kesian-melayu/

— ISMAweb

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here