Isytihar harta dicadang jadi KPI menteri – PM

0
26
Gambar atas: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar, (dua kiri), Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim (kiri) dan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff melancarkan My Portfolio Panduan Kerja Sektor Awam di Pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

 

“Semua menteri dan timbalan menteri, dan juga kita akan panjangkan kepada semua Ahli Parlimen walaupun mereka daripada parti lawan.”

 

PERDANA Menteri berkata, itu antara lima cadangan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali kelapan yang dipengerusikannya hari ini.

Cadangan itu termasuk semua menteri harus memastikan anggota pentadbiran kementerian mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mewujudkan dan melaksanakan dasar menerima hadiah, melaksanakan pelan antirasuah peringkat organisasi masing-masing.

Cadangan lain termasuk mengadakan mesyuarat pemantapan governans, integriti dan antirasuah di peringkat kementerian dan meningkatkan ketelusan perolehan awam dan mengurangkan risiko rasuah.

“Kerajaan berpendapat bahawa rasuah adalah satu gejala jenayah yang akan menghalang kemajuan negara kita.

“Untuk melawan rasuah ini kita perlu mengambil banyak tindakan, tindakan bukan sahaja oleh SPRM tetapi juga tiap anggota kerajaan, kementerian, institusi dan sebagainya. Semuanya memainkan peranan untuk mencegah rasuah dan masing-masing perlu tahu apakah cara mereka bergerak bagi mencegah rasuah.

“Semua menteri dan timbalan menteri, dan juga kita akan panjangkan kepada semua Ahli Parlimen walaupun mereka daripada parti lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat JKKMAR kali kelapan di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengenai pengisytiharan harta semua Ahli Parlimen, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebelum diteruskan.

Beliau berkata, pengisytiharan harta dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang adalah sebagai ‘fi’ di atas keterbukaan kerajaan yang membenarkan mereka mengkritik.

Ditanya siapa yang akan memantau pelaksanaan usaha kerajaan dalam menangani rasuah, Perdana Menteri berkata, GIACC akan berbuat demikian berdasarkan laporan awam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/563748/isytihar-harta-dicadang-jadi-kpi-menteri-pm
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here