Opick dakwa simpan sehelai rambut Rasullulah

Opick dakwa simpan sehelai rambut Rasullulah
Gambar: Opick dakwa diberi kepercayaan menyimpan sehelai rambut Rasulullah S.A.W

 

Opick menyifatkan pemilihan beliau untuk memegang khazanah berharga itu sebagai satu penghormatan peribadi yang paling berharga.

 

PENYANYI dan pencipta lagu ketuhanan terkenal, Opick atau nama sebenarnya Ainul Ropiq Lil Firdaus, 45, mendakwa mendapat amanah menjaga satu helaian rambut Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut Opick, beliau menerima khazanah paling berharga itu daripada Dewan Ulama Thariqah Internasional, Turki ketika berkunjung ke negara itu baru-baru ini untuk kerja-kerja amal.

Opick merupakan di antara selebriti Indonesia yang sering ke luar negara untuk melakukan kerja amal membabitkan umat Islam.

Opick membawa pulang khazanah berharga itu beberapa hari sebelum Ramadan dan kini diletakkan di salah sebuah rumah Opick di Jakarta Timur dikenali sebagai Rumah Umat Tombo Ati, Ia akan dibuka tiga kali dalam setahun, iaitu pada 1 Muharam, Maulidur Rasul dan Israq  Mikraj.

Rambut tersebut kini disimpan di dalam sebuah ruangan di dalam kotak kaca yang dilapisi dua helai kain berwarna hijau.

Katanya, untuk perawatannya, rambut tersebut disimpan di bawah suhu 25 darjah, terhalang dari sinar dan ada dua helai kain yang menutupinya.

“Untuk dibersihkan, ketika Maulud dicelupkan ke air zam-zam dan  penjagaannya 24 jam,” ujar Opick.

Sejumlah sukarelawan termasuk anggota pertubuhan silat kendalian Opick bertugas secara sukarela dan bergilir mengawasi keselamatan barangan berharga itu.

Barangan berharga itu dipamerkan kepada sejumlah pengamal media cetak dan elektronik baru-baru ini.

Opick menyifatkan pemilihan beliau untuk memegang khazanah berharga itu sebagai satu penghormatan peribadi yang paling berharga.

Sebelumnya menurut Opick, beliau bermimpi mendapat rambut itu. Namun beliau tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang boleh dianggap mistik oleh masyarakat

“Ini mimpi, mimpi saja. Mimpi ini sudah saya tanya syeikh. Ada bulan dan bintang, bulan jatuh di tangan saya dan bintang jatuh di halaman, bintangnya kemudian diserahkan ke tangan saya,” kata Opick.

Dalam mimpi tersebut, Opick mengatakan akan ada Imam Mahdi dan Nabi Muhammad SAW akan datang pada hari minggu. Kemudian muncul kurma yang menjadi air terjun dan rumahnya menjadi danau yang besar. Banyak binatang yang minum di situ, termasuk dinosaur dan kucing.

Selepas dakwaan Opick memiliki barangan berharga itu, ia mendapat beberapa pandangan daripada pelbagai pihak termasuk golongan ulama.

Bagaimanapun Opick yakin dengan rambut Rasulullah yang dimilikinya asli dan mempunyai pengakuan asli dan susun galur pemilikannya, Opick bertanggung jawab dengan pemilikan itu dan sedia untuk menerima pihak –pihak yang ingin membuat kajian lanjut.

–BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.