PM akui pernah terima hadiah 26 kereta

0
25
Gambar atas: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berucap pada pelancaran My Portfolio Panduan Kerja Sektor Awam di Pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

 

Sekarang beliau dan semua menteri tidak lagi boleh menerima hadiah mewah apabila kerajaan mensyaratkan nilai hadiah tidak melebihi RM500, selain boleh menerima bunga dan buah-buahan sahaja.

 

PUTRAJAYA — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah menerima hadiah sebanyak 26 kereta sepanjang menjadi Perdana Menteri keempat.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun semua kereta itu sudah dipulangkan dan orang ramai yang ingin melihat kereta itu boleh menyaksikannya di Galeria Perdana, Langkawi.

Katanya, sekarang beliau dan semua menteri tidak lagi boleh menerima hadiah mewah apabila kerajaan mensyaratkan nilai hadiah tidak melebihi RM500, selain boleh menerima bunga dan buah-buahan sahaja.

Dr Mahathir bagaimanapun sempat berseloroh apabila memaklumkan ada pihak hendak memberinya hadiah sebanyak satu tan dodol.

“Namun saya menolaknya, tetapi mereka tetap menghantarnya dan saya terpaksa sedekah kepada orang lain, saya tidak tahu sama ada itu rasuah atau tidak, malah saya turut terima dua kotak besar buah-buahan.

“Sekarang ini rumah saya penuh dengan makanan, dengan bunga tak payah report (lapor) kepada Tan Sri Abu Kassim (Mohamed) (Pengerusi Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali kelapan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas antara cadangan JKKMAR iaitu mewujudkan dan melaksanakan dasar penerimaan hadiah yang mana semua menteri harus menandatangani aku janji mengeluarkan arahan dan memastikan pelaksanaan dasar berhubung penerimaan hadiah ini dilaksanakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/563767/pm-akui-pernah-terima-hadiah-26-kereta
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here