Hujah balas Khaled Nordin terhadap pendapat Daim bahawa matrikulasi tidak relevan

Hujah balas Khaled Nordin terhadap pendapat Daim bahawa matrikulasi tidak relevan

BERIKUT reaksi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin berhubung kenyataan Tun Daim Zainuddin pbahawa matrikulasi sudah tidak relevan.

 

Kenyataan Media
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Naib Presiden UMNO

Kenyataan Tun Daim Zainuddin Bahawa Matrikulasi Sudah Tidak Relevan
14 Mei 2019

  1.  Beberapa hari lalu, Tun Daim Zainuddin menyatakan pandangan bahawa Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sudah tidak relevan untuk dilaksanakan kerana matlamat asal penubuhan program tersebut bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah tercapai.

 

  1.  Kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tersasa Malah bersifat pukul rata. Terdapat beberapa hujah balas yang perlu sama-sama dipertimbangkan agar kita dapat mengadili isu ini dengan objektif.

 

  1. Pertama, Tun  Daim  tidak  mengemukakan  sebarang  data  untuk  menyokong saranan beliau. Sepatutnya, beliau menunjukkan dengan lengkap data pencapaian orang Melayu dan India dalam bidang sains peringkat STPM dan bandingkan dengan pencapaian bangsa Cina.

 

  1. Lihat dan kemukakan data sepanjang 10 tahun lepas, sama ada kita mempunyai calon Melayu, Bumiputera dan India yang mencukupi dan layak, berdasarkan keputusan STPM, untuk diterima masuk ke kursus kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain. Tanpa mengemukakan data dan statistik yang empirikal, kenyataan Tun Daim tersebut boleh disifatkan sekadar andaian, tidak berasas, malah sangat tidak bertanggungjawab.

 

  1. Kedua, Tun Daim mesti memahami bahawa Program Matrikulasi bukanlah pintu belakang untuk orang Melayu dan Bumiputera masuk ke universiti awam di Malaysia. Ia adalah instrumen pemberdayaan yang sangat penting. Kepada kebanyakan golongan Bumiputera dari golongan B40, ia adalah satu-satunya jalan alternatif yang boleh membantu dan membongkar potensi sebenar mereka, sesuai dengan latar sosioekonomi keluarga, kemampuan kewangan, minat dan kecenderungan mereka.

 

  1.  Ingatlah, Malaysia ini bukan hanya tentang Bangsar, Bukit Tunku, Taman Melawati mahupun Taman Tun D Ismail yang terletak dalam persekitaran sekolah yang moden, baik dan disokong dengan kemampuan keluarga untuk mengikuti kelas tambahan dan segala macam program pembangunan diri sejak awal. Sebaliknya, 70% Malaysia adalah kawasan luar bandar dengan prasarana pendidikan serba kekurangan.

 

  1.  Tanyalah Menteri Pendidikan, Dr.  Maszlee  Malik  tentang pengalaman beliau melihat daifnya kemudahan sekolah di Sabah dan Sarawa Tanpa prasarana terbaik, dan tanpa kemampuan untuk mendapat bimbingan persendirian selepas kelas sejak kecil, tanpa pendedahan yang lengkap dan berterusan, mana mungkin pelajar ini semua dapat bersaing dengan pelajar bandar yang sudah jauh terkehadapan. Tanpa Pusat Matrikulasi, pelajar luar bandar bukan sahaja akan ketinggalan, tetapi dizalimi.

 

  1. Ketiga, amat tidak adil untuk mengatakan bahawa memasuki Program Matrikulasi bermakna para pelajarnya kurang bermutu dan tidak berdaya saing.

 

  1. Kebanyakan pelajar yang terpilih mempunyai prestasi akademik yang baik dan mencukupi. Mereka mempunyai potensi dan bakat yang pelbagai. Cuma, semua ini harus diberikan lonjakan serta peluang yang dibangunkan dengan lebih agresif dan berstruktur.

 

  1. Ingatlah Tun  Daim,  persaingan  memasuki  IPTA  bukan  dinilai  hanya  pada keputusan akademi Ada pelbagai peri meter yang digunakan sebagai asas kelayakan. Di Matrikulasilah semua nilai tambah ini disemai dan dikukuhkan.

 

  1. Keempat, anggapan bahawa pelajar Matrikulasi berhadapan dengan silibus dan ekosistem pembelajaran yang mudah dan tidak kompetitif juga adalah sangat meleset.

 

  1. Peperiksaan Matrikulasi adalah setara kualitinya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Dalam banyak keadaan, kualiti silibus dan pembelajarannya, bukan sahaja mengikut kehendak semasa, malah adalah lebih inovatif, mendalam, dan sukar berbanding sukatan STPM. Ini kerana, Program Matrikulasi dirangka dengan matlamat mempersiapkan pelajar untuk berhadapan dengan tuntutan hidup di universiti secara lebih baik dan komprehensif terutama kepada pelajar luar bandar yang serba ketinggalan.

 

  1. Lebih-lebih lagi,  memasuki  alam  universiti  adalah  satu  fasa  yang  getir  bagi seorang mahasiswa. Maka Program Matrikulasi menyediakan kemahiran dan pengalaman yang pelbagai, dari segi intelektual, kemahiran kendiri dan sosial mahupun kesediaan akademik bagi tujuan demikian.

 

  1. Keempat, Program Matrikulasi adalah satu inisiatif dan ikhtiar bukan ekonomi bagi menyelesaikan masalah kesenjangan dalam negara ini.

 

  1. Tun Daim tidak boleh menyangkal bahawa kesenjangan ekonomi, pendidikan dan peluang adalah realiti yang amat ketara, nyata dan semakin membarah di Malaysia. Rujuklah penulisan Antara Dua Darjat yang ditulis oleh Penasihat Ekonomi YAB Perdana Menteri, D Muhammed Abdul Khalid, individu yang saya pasti tidak asing kepada Tun Daim sendiri.

 

  1. Tun Daim harus melihat dalam konteks yang besa Betapa Program Matrikulasi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berkemampuan rendah untuk mengubah hidup mereka.

 

  1. Anggapan  bahawa   Program   Matrikulasi   sebagai   jalan   belakang   untuk mengimbangi komposisi kaum semata-mata amatlah salah. Semenjak ia dilaksanakan, ia telah melalui beberapa fasa pembaharuan. Namun yang nyata, ia adalah sebuah instrumen untuk mengatasi perbezaan yang wujud di dalam masyarakat, melalui ikhtiar pendidikan.

 

  1. Yang lebih  penting,  jika  Kerajaan  Pakatan  Harapan  menganggap  bahawa Program Matrikulasi ini tidak relevan, mengapa pula mereka menambah bilangan kemasukan pelajar ke program itu dengan angka yang sangat besar?

 

  1. Kelima, sudah menjadi trend sekarang ini, sama ada di Universiti Awam mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan mahupun luar negara untuk para pelajar mereka mengikuti Program Asasi atau Program Matrikulasi di bawah universiti masing-masing.

 

  1. Ini bagi memastikan bakal mahasiswa mengikuti satu set pembelajaran dan silibus yang mempersiapkan diri mereka bagi mengikuti program kuliah di pusat pengajian tinggi yang diminati dan sesuai kebolehan mereka. Oleh yang demikian, program matrikulasi ini bukan sekadar masih relevan, tetapi telah menjadi trend kontemporari dalam pendidikan tinggi.

 

  1. Sewajarnya Tun Daim tampil dan memberikan idea dan saranan bagi memperbaiki Program Matrikulasi dan menjadikannya lebih ‘sophisticated’ dalam konteks pendidikan tinggi yang mencabar kini. Bukannya memilih untuk melihat perkara ini dari sudut perkauman yang sempit semata-mata.

 

  1. Hal ehwal pendidikan adalah untuk kepentingan sejagat. Sebarang kenyataan haruslah berdasarkan fakta dan norma semasa. Tun Daim seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan beliau, bukannya mengikut sikap prejudis dan andaian semata-mata.

 

Kenyataan Media DSKN-Kenyataan Tun Daim Zainuddin Bahawa Matrikulasi Sudah Tidak Relevan

 

–BebasNews

 

Please follow and like us:
error

One Response to "Hujah balas Khaled Nordin terhadap pendapat Daim bahawa matrikulasi tidak relevan"

  1. Zaid  15/05/2019 at 1:17 pm

    Semuanya pasal ekonomi dan uang.
    Dulu sape yg dapat projek bina pusat2 matrikulasi?
    Jika dimansuhkan, pasti ada program baru yg memerlukan pusat2 baharu yg perlu dibina?Siapa yg akan dapat dan untung?
    Sama spt why us and uk created wars? It is about making $$$ n rakyat tak boleh persoalkan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.