Penjawat awam Johor terima bantuan raya setengah bulan gaji

Penjawat awam Johor terima bantuan raya setengah bulan gaji
Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

JOHOR BAHRU – Penjawat awam negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Berita baik itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, pemberian itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini.

Pemberian itu melibatkan seramai 19,602 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan- Badan Berkanun Negeri.

Datuk Azmi Rohani

“Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat sebanyak dua kali, iaitu pada 21 Mei ini sebanyak RM500 dan bakinya akan dibayar selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan itu boleh dirujuk menerusi Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Pindaan),” katanya.

Azmi berkata, pemberian itu merupakan keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam sempena menyambut ketibaan 1 Syawal  kali ini.

—BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.