TH bayar RM3.4 juta kepada Zakat  Pulau Pinang

TH bayar RM3.4 juta kepada Zakat  Pulau Pinang
Gambar atas: Pengurus Besar kanan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan zakat Tabung Haji tahun 2018 berjumlah RM3,446,420.49 kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (tengah) sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (tiga, kanan), Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Amran Hazali (kanan) di majlis penyampaian Zakat Tabung Haji di Dewan Anjung Mutiara, Seri Mutiara, Georgetown, Pulau Pinang. NSTP/RAMDZAN MASIAM

 

Bayaran zakat TH bagi negeri Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun 2017.

 

PULAU PINANG – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,446,420.49 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada  Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Seri Mutiara, Jalan Utama , Pulau Pinang.

Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji   TH telah menyerahkan  bayaran zakat kepada  Tun  Abdul Rahman  Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Bayaran zakat TH bagi negeri Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun 2017.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah  Datuk  Ahmad Zakeyuddin Abd Rahman, TKM 1 Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kasim, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ZPP; Abu Shukor Jangga , Pengarah TH Negeri Pulau Pinang  dan para pegawai Zakat Pulau Pinang serta anggota TH.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (kanan) berkata sesuatu kepada Pengurus Besar kanan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (tengah) selepas menyampaikan zakat Tabung Haji tahun 2018 berjumlah RM3,446,420.49 di majlis penyampaian Zakat Tabung Haji di Dewan Anjung Mutiara, Seri Mutiara, Georgetown, Pulau Pinang. NSTP/RAMDZAN MASIAM

Siaran Akhbar Zakat PP - 2019 FINAL 13052019

 

–BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.