[VIDEO] Kesian peniaga Bazar Ramadhan di Dataran Merdeka (dulu di Jalan Tuanku Abdul Rahman)

[VIDEO] Kesian peniaga Bazar Ramadhan di Dataran Merdeka (dulu di Jalan Tuanku Abdul Rahman)
Gambar atas: Bazar Ramadan Jalan Raja banjir malam tadi. NSTP/IHSAN PEMBACA

 

Menteri Kerajaan Pakatan. Langsung tiada perasaan perikemanusiaan.

 

RAMADHAN KE 10.

Kebetulan saya dan keluarga jalan di Bazaar Ramadhan Dataran Merdeka, hujan lebat, kesian penjaja, ada yang barangan rosak akibat air naik.

Hujan lebat. Air naik. Banjir kecil. Air masuk ke dalam gerai jualan.

Kawasan Dataran Merdeka ini memang dikenali dengan kawasan banjir, sistem perparitan tidak baik, air deras akan mengalir dari Bangunan DBKL membawa ke Bangunan Sultan Abu Samad.

Bukan itu sahaja, elektrik pula beberapa kali trip, dah lah kepanasan disebabkan terkepung dengan Penutup Khemah, kipas pula tidak berfungsi.

Ini semua dugaan yang perlu dihadapi oleh Penjaja Bazar Ramadhan.

Sebelum Ramadhan tiba, banyak maklum balas telah diberikan kepada Kementerian berkenaan lokasi Bazaar Ramadhan, sikap Menteri yang keras kepala menyebabkan semua alasan ini ibarat dicurah ke daun keladi. Tidak langsung dipertimbangkan.

Menteri Kerajaan Pakatan. Langsung tiada perasaan perikemanusiaan.

Malah, disuruhnya Portal thereporter.my untuk menghentam, bukan inya beliau sebagai pentadbir mahu menyelesaikan masalah hakiki, Menteri lebih suka selesaikan di media sosial dan biarkan masalah penjaja begitu sahaja.

Pagi, Siang, Petang Tak Ada pengunjung!

Lokasi Dataran Merdeka agak terbuka dan panas, lebih-lebih lagi apabila datangnya Ramadhan, bulan yang penuh dugaan, ini menyebabkan kawasan ini lebih panas dari bulan-bulan sebelumnya.

Lokasi ini bukan mesra pengunjung, tidak ada kompleks atau kedai-kedai berdekatan, pengunjung selalunya tidak akan meredah panas semata-mata untuk mencari barangan di bazar ini, kalau dulu, sambil-sambil berjalan di Jalan TAR, adalah kompleks dan kedai-kedai di sekitar kawasan, dan ia menjadi tumpuan sebagai 1-Stop-Center untuk mencari keperluan menyambut Aidil Fitri.

Sekitar kawasan Jalan TAR juga dikelilingi bangunan, jadilah kawasan itu redup. Pejabat juga banyak, orang-orang bekerja boleh turun dari pejabat dan terus menuju ke Jalan TAR untuk window shopping ataupun memilih barangan yang diperlukan.

Bazar Ramadan Jalan Raja banjir malam tadi. NSTP/EMAIL

Rungutan kepanasan di dalam Khemah besar, ibarat terkepung di dalam khemah yang tidak masuk angin, sepanjang saya 30 minit di situ, kipas pun tak berfungsi dengan baik, DBKL pula tak bagi buka penutup khemah di belakang, langsung tak masuk angin.

Kawasan makan yang tidak disediakan tempat duduk, kalau di jalan TAR, banyak kedai makan di sekitar, ada Benteng, dalam Sogo ada foodcourt, Pertama Compleks juga ada, pengunjung senang nak cari kawasan buka puasa, di Dataran Merdeka, adalah padang sebesar-besarnya, kalau macam hari ni, hujan, pengunjung nak makan kat mana ? Memang la cantik apabila Menteri melawat buka puasa dengan cuaca yang baik, sekira hujan, ada Pak Menteri fikir?

Peniaga bazar Jalan TAR hilang pelanggan dengan skala yang besar, maklum balas menyatakan semasa di Jalan TAR selepas 1 minggu puasa, adalah untung sikit, tapi sekarang, masih tidak pecah telur, itulah di antara nasib peniaga-peniaga di sini.

Ayuhlah kita sama-sama bantu promote kawasan Bazaar Ramadhan ini. Kita niatkan untuk bantu Peniaga di sini, memang pemerintah sudah buat silap, tapi masa berjalan, setiap hari peniaga di sini memerlukan income untuk selamatkan kehidupan mereka.

Bila jalan-jalan, peniaga ada yang merayu “masuklahhhh”.

Jom kita memeriahkan Bazaar Ramadhan Dataran Merdeka.

(Buka sampai 2 pagi).

 

Razlan Rafii.
15 Mei 2019.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.