[VIDEO] Tradisi bermain meriam pada Ramadan dan Aidil Fitri

Sumber video: Kini Viral

 

TRADISI bermain meriam pada Ramadan masih meriah di beberapa tempat di negara ini.

Tidak tahu asal usul tradisi ini dalam kalangan anak muda, tetapi sejak berpuluh tahun ia dilakukan sekadar hiburan di kampung-kampung.

Jika kebanyakannya sekarang menggunakan paip besi atau konkrit, dahulunya bahan yang popular digunakan ialah batang buluh, justeru dipanggil meriam buluh.

Ada juga jenis-jenis lain, termasuk meriam katak, meriam batang kelapa dan meriam tanah yang menggunakan tin kosong ditanam di dalam tanah.

Keghairahan bermain meriam ini menjadi semakin rancak menjelang Aidil Fitri.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.