Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam

PUTRAJAYA — Berita dinanti akhirnya kunjung tiba buat 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara apabila kerajaan hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai persedian menyambut Aidilfitri.

Selain itu, bantuan khas sebanyak RM225 turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara.

Berita baik itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bantuan khas akan dibayar pada 24 Mei ini.

“Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta

penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

“Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225,” katanya.

Katanya, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855.

-Harian Metro/BebasNews

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.