Dr Mahathir beri jaminan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam

Dr Mahathir beri jaminan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam
Gambar atas: Murid Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Dalili Aifa Suhaimi, 7 (kanan) menyampaikan kertas bertulis “Terima Kasih Cikgu” kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia 2019 oleh Menteri Pendidikan di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Jalan Tun Dr Awang. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL

 

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

 

GEORGE TOWN — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut berapa jumlah yang akan diberikan dan sama ada bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam.

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

“(Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam) ada, kita akan isytiharkan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pada 30 April lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan  agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri  kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Tahun lepas, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.