Pelantikan PwC supaya siasatan audit Yapeim bersifat bebas – Mujahid

Pelantikan PwC supaya siasatan audit Yapeim bersifat bebas – Mujahid
Gambar atas: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kempen Rahmah Masjid Alami di Masjid Jamek. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA.

 

KEPUTUSAN melantik PricewaterhouseCoopers untuk mengaudit akaun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dibuat supaya siasatan atau laporan audit yayasan itu dilakukan secara bebas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia juga bertujuan memulih dan mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap yayasan itu yang tercemar imejnya.

“Saya kira salah satu tugas ahli lembaga pengarah baharu adalah melihat kepada semua isu ini melalui kajian bebas.

“Oleh itu, daripada findings (laporan audit) yang ditemui dan mereka murnikan dengan finding mereka (anggota lembaga pengarah) sendiri dan apa yang didedahkan oleh Pengerusi LPA YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar tadi adalah berdasarkan laporan secara menyeluruh,” katanya.

Mujahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen RAHMAH Masjid Alami (Masjid Lestari Hijau) peringkat Wilayah Persekutuan 2019 dan berbuka puasa di Masjid Jamek, di Kuala Lumpur semalam.

– Bernama
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.