PTPTN : Konsultansi rakyat bermula untuk kurangkan bayaran balik pinjaman

PTPTN : Konsultansi rakyat bermula untuk kurangkan bayaran balik pinjaman

Sesi konsultasi rakyat ini bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai skim bayaran balik pinjaman PTPTN baharu yang lebih berpatutan dan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kelangsungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan bermulanya proses konsultasi rakyat berikutan pembentangan Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) atau Public Consultation Paper (PCP) yang dinanti-nantikan.

Sesi konsultasi rakyat ini bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai skim bayaran balik pinjaman PTPTN baharu yang lebih berpatutan dan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kelangsungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Proses konsultasi rakyat ini dilaksanakan dalam bentuk kajian secara dalam talian (online) menerusi www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat.

Rakyat akan diberikan maklumat secara lengkap, telus dan terbuka untuk mengalakkan maklum balas yang bermaklumat dan membina.

Menurut Pengerusi PTPTN, Encik Wan Saiful Wan Jan, sebelum ini pelbagai pihak secara berkumpulan dan individu telah cuba menyumbangkan penyelesaian kepada PTPTN,  tetapi cadangan mereka kurang berkesan kerana tidak mempunyai fakta sebenar.

Berikut adalah kenyataan penuh PTPTN.

PTPTN-NR_draf_BM_FINAL

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.