TH sumbang RM1.3 juta kepada 2,600 keluarga asnaf Sepang

0
36

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberikan sumbangan bantuan Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM1.3 juta kepada 2,600 Asnaf di Daerah Sepang dalam Program Bantuan Ramadan & Hari Raya 2019 dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bagi tahun ini, TH memilih daerah Sepang berikutan pelaksanaan Operasi Haji Tanah Air di Kompleks TH Sepang pada setiap musim haji.

Program kerjasama antara TH dan LZS ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf di bulan Ramadan.

Turut hadir pada majlis yang diadakan petang semalam adalah Abdul Basith Hamid, Officer in-charge LZS; agensi-agensi yang terlibat dalam OHTA, para pegawai LZS dan anggota-anggota TH.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here