Wang Tabung Harapan akan diguna untuk bayar hutang 1MDB

Wang Tabung Harapan akan diguna untuk bayar hutang 1MDB

 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir, bersetuju semua RM203,292,117.41 dalam tabung itu akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB, yang berjumlah lebih RM1.7 bilion bagi 2019 ini.

 

DANA Tabung Harapan Malaysia (THM) yang kini berjumlah lebih RM203 juta akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Lim berkata perkara itu diputuskan oleh jawatankuasa akaun amanah THM dalam satu mesyuarat pada 24 April lepas.

Jawatankuasa tersebut, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir, bersetuju semua RM203,292,117.41 dalam tabung itu akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB, yang berjumlah lebih RM1.7 bilion bagi 2019 ini.

“Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat untuk melangsaikan hutang negara,” katanya dalam kenyataaan.

Lim menjelaskan RM203 juta itu daripada jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM202,716,775.10 sehingga 14 Januari lepas, iaitu tarikh akhir terima sumbangan, dan faedah daripada pelaburan simpanan tetap yang ditadbir Jabatan Akaun Negara sebanyak RM575,342.31, yang diterima sehingga 31 Mac lepas.

Jawatankuasa akaun itu pula memutuskan penggunaan dana dalam akaun amanah THM mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan amanahnya, iaitu ia digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutuan dan pembayaran balik yang perlu dilakukan bagi tujuan akaun amanah itu sahaja.

“Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat yang telah memberikan sumbangan ke dalam THM ini,” katanya.

http://bit.do/FMT-tabung-harapan

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.