Presiden CAP S. M Mohamed Idris  meninggal dunia

Presiden CAP S. M Mohamed Idris  meninggal dunia

GEORGE TOWN — Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris meninggal dunia akibat sakit tua, hari ini.

Naib Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, yang juga adik arwah berkata, Mohammed Idris dimasukkan ke hospital berikutan sukar bernafas.

“Beliau menghembuskan nafas pada 5 petang tadi di Pusat Perubatan Gleneagles.

“Jenazah akan dibawa ke rumah beliau di No 2, Rose Avenue dan dijangka dikebumikan kira-kira jam 10 pagi esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohammed Idris meninggalkan empat anak.

–NSTP
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.