TH rai kecemerlangan pelajaran anak-anak anggota TH

0
30

 

“Anugerah yang diberikan ini merupakan satu galakan atau insentif kepada mereka yang telah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran serta membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan.”

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Anak-Anak Anggota TH bagi 2019.

Majlis yang diadakan di Menara TH Tun Razak ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada anak-anak anggota TH yang cemerlang.

Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH, Tuan Haji Hizamuddin bin Jamalluddin.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Anak-anak Anggota TH yang dianjurkan sejak 2004 ini, dilaksanakan dengan pemberian hadiah kepada anak-anak anggota yang berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3, STAM, SPM, STPM dan Matrikulasi.

Haji Hizamuddin berkata, Anugerah yang diberikan ini merupakan satu galakan atau insentif kepada mereka yang telah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran serta membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan.

“Di samping itu, dengan galakan ini, diharap dapat membantu anak-anak anggota yang merupakan pewaris kepimpinan masa hadapan untuk terus mengekalkan kecemerlangan pelajaran, seterusnya dapat menimba kemahiran dan pengalaman kerja bagi persediaan menempuh alam pekerjaan kelak,” tambah beliau.

Muhammad Alif Razin bin Mohammad Sirajjuddin, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini dengan pencapaian 10A+ berkata ibu dan ayahnya sering mengingatkan beliau bahawa pendidikan merupakan tunggak utama bagi seseorang untuk mengubah kehidupan dirinya serta untuk mencapai kejayaan.

“Kejayaan saya ini juga merupakan hasil daripada tunjuk ajar guru-guru di sekolah yang tidak jemu untuk mendidik serta membantu memastikan kecemerlangan setiap pelajar di sekolah,” katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian di universiti awam dan bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan.

Selain itu, TH juga memberikan anugerah kepada anak anggota yang telah menamatkan pengajian jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Serta mendapat pencapaian cemerlang sebanyak CGPA 4.00 iaitu Adik Wan Amirul Hakimi Wan Shamsol.

“Ketika ini, saya sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Puncak Alam. Dengan anugerah ini, ia membakar semangat saya untuk lebih berjaya dan sebagai pemangkin cita-cita saya untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif satu hari nanti dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa,” kata beliau.

Muhammad Alif Razin bin Mohammad Sirajjuddin dan Wan Amirul Hakimi Wan Shamsol adalah antara 76 orang anak anggota TH dari seluruh Malaysia yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajaran berupa wang sagu hati sekitar RM200 – RM1,000 mengikut pencapaian masing-masing.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan; Tuan Haji Zainal Abidin Omar, Pengurus Besar Strategi Sumber Manusia dan Tuan Haji Mohd Norber Kassim, Pengurus Besar Pembelajaran dan Pembangunan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here