25 pencinta kucing berguru di ‘Meow Island’

0
15
Gambar atas: Sebahagian kucing jalanan yang berjaya diselamatkan di Meow Island, Pulau Keladi. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

 

 

KUANTAN — Seramai 25 pencinta kucing jalanan di daerah ini tidak melepaskan peluang ‘berguru’ dan merasai sendiri suasana penjagaan kucing terbiar di ‘Meow Island’, Pulau Keladi, Pekan.

Pengerusi Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang, Jurina Abdul Rani berkata, Meow Island yang ditubuhkan sejak 2013 oleh Tengku Lokman Nadzira Tengku Husin bertujuan menyelamatkan kucing jalanan yang tidak terurus selain memberi pendedahan kepada individu yang berminat untuk menimba ilmu penjagaan haiwan itu.

Beliau berkata, lawatan yang dianjurkan bersama ahli Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang baru-baru ini bagi memberi pendedahan kepada ahli kelab dan pencinta kucing mengenai penjagaan yang betul.

Pemilik ‘Meow Island’ Tengku Lukmannadzira Tengku Husin, 55 dan sukarelawan bermain bersama kucing di Meow Island, Pulau Keladi. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

“Walaupun kucing jalanan ia perlu diuruskan dengan ilmu dan cara yang betul. Tengku Lokman Nadzira yang mesra dipanggil Ayah Engku turut berkongsi tip cara untuk menjaga kucing secara terbuka dan bukan hanya jaga kucing di dalam sangkar.

“Lawatan ini memberi pendedahan berguna kerana kita dapat mengetahui bagaimana pusat ini (Meow Island) diurus dan dijaga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Jurina berkata, kelab itu yang mempunyai 40 ahli sejak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Januari lalu berperanan membantu kucing ‘gelandangan’ dengan memberi makan dan merawat haiwan itu jika ditemui dalam keadaan sakit.

Rumah khas yang dibina untuk kucing di Meow Island di Pulau Keladi. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Katanya, antara kawasan sering dilawati ahli di sekitar daerah ini ialah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan serta kawasan gerai makan yang menjadi tumpuan haiwan itu.

“Kami harap dapat menjalinkan kerjasama dengan Ayah Engku untuk program akan datang, masyarakat harus diberi pendedahan bahawa kucing jalanan juga memerlukan perhatian dan bantuan manusia,” katanya.

Jurina turut mengalukan mereka yang berminat membantu kucing terbiar ini untuk bekerjasama dengan mereka dan berharap lebih ramai masyarakat yang mempunyai sifat ihsan terhadap kucing.

Sebahagian kucing jalanan yang berjaya diselamatkan di Meow Island, Pulau Keladi. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
Jauh daripada kezaliman manusia.
Pemilik ‘Meow Island’ Tengku Lukmannadzira Tengku Husin, 55 membawa kucing yang baru diselamatkan untuk dibawa ke Meow Island, Pulau Keladi. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

 

-Harian Metro

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here