Aktiviti bubur lambuk alumni UiTM, TP1B dan Kolej Teratai

Aktiviti bubur lambuk alumni UiTM, TP1B dan Kolej Teratai
Gambar atas: Staf Residen Kolej Teratai, Rozaida Abd Rashid (lima dari kanan) dan Afiza Aziz dengan para siswa semasa majlis memasak bubur lambuk anjuran bersama PAUiTM dan TP1B Ahad 19 Mei.

 

SHAH ALAM — Kolej Teratai UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan yayasannya Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) menganjurkan aktiviti memasak bubur lambuk sempena Majlis Penutup Ihya Ramadan 2019.

Aktiviti ini disertai oleh kakitangan dan siswa dari Kolej Teratai pada Ahad 19 Mei.

Bubur lambuk ini diagihkan kepada lebih 500 pelajar Kolej Teratai.

Pengetua Kolej Teratai UiTM Shah Alam, Mohd Zamreen Mohd Amin (tiga dari kanan), staf residen kolej, Rozaida Abd Rashid dan Naib Presiden PAUiTM, Shamsul Ariffin Sulaiman (empat dari kanan) bersiap sedia mengagihkan bubur lambuk kepada para siswa kolej itu Ahad 19 Mei.

Menurut Setiausaha Eksekutif PAUiTM, Afiza Aziz, bagi TP1B, program ini adalah kesinambungan dengan program Bank Makanan yang sedang berlangsung di UiTM.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengetua Kolej Teratai, Mohd Zamreen Mohd Amin, Staf Residen Kolej Teratai, Rozaida Abd Rashid, Naib Presiden PAUiTM, Shamsul Ariffin Sulaiman dan Afiza Aziz.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.