Datuk Seri ditahan kes rasuah pembekalan kenderaan pertahanan

Datuk Seri ditahan kes rasuah pembekalan kenderaan pertahanan

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 malam tadi, bagi membantu siasatan kes rasuah projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara bernilai lebih RM17 juta.

Difahamkan, suspek adalah antara beberapa individu kenamaan yang disiasat SPRM kerana terbabit dalam pemberian rasuah bagi memperoleh tender berkenaan.

Sumber berkata, suspek hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya, semalam untuk memberi keterangan dan ditahan pada jam 11 malam tadi.

Beliau dijangka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat swasta direman empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes rasuah itu.

CEO lelaki berusia 45 tahun bergelar Datuk dan wanita berusia 53 tahun itu ditahan selepas disyaki menerima suapan berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan sekitar 2014 hingga 2017.

Dalam operasi itu, SPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan.

Mengulas kes itu, DRB-Hicom Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/565867/datuk-seri-ditahan-kes-rasuah-pembekalan-kenderaan-pertahanan
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.