FELDA beri penjelasan isu peneroka hilang hak tanah

FELDA beri penjelasan isu peneroka hilang hak tanah

Dapatan kajian itu tidak menggambarkan situasi sebenar dan pengkajinya  tidak melihat keseluruhan Akta dan akta-akta sampingan yang melibatkan pengurusan tanah rancangan tersebut.

 

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan FELDA hari ini membuat penjelasan tentang laporan berita tempatan yang dibuat berdasarkan penyelidikan pensyarah universiti tempatan bahawa peneroka dan keluarga mereka akan hilang hak setelah 60 tahun mereka mengusahakan tanah tersebut kerana kekangan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

FELDA berkata, dapatan kajian itu tidak menggambarkan situasi sebenar dan pengkajinya  tidak melihat keseluruhan Akta dan akta-akta sampingan yang melibatkan pengurusan tanah rancangan tersebut.

Pada masa ini, jumlah Warga Felda Peneroka, Penerokawati, Generasi Baharu FELDA adalah dalam lingkungan 2.5 juta orang.

FELDA juga berkata, kajian yang dilakukan itu hanya melibatkan 130 responden di FELDA Bukit Tangga, Kedah yang mempunyai 370 peneroka sedangkan jumlah peneroka seluruh Malaysia adalah seramai 112,635 orang.

Berikut adalah kenyataan panjang lebar yang dikeluarkan FELDA berkaitan laporan tersebut.

press release Felda
– Bebasnews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.