Pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Arifin Ilham meninggal di Pulau Pinang

0
152
Gambar atas: Presiden Indonesia, Jokowi Widodo melawat Ustaz Arifin ketika menjalani rawatan.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SALAH seorang pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Arifin Ilham,49, meninggal dunia di Hospital Gleneagle Pulau Pinang kira-kira jam 11.45 mlam tadi. Perkara ini disahkan oleh isteri pertamanya Yuni Djamaludin Waly  dalam Instagramnya.

Jenayah Allahyarham dibawa ke Indonesia dengan pesawat sewa khas jam 9 pagi tadi dan akan dikebumikan di Bogor, Jawa Barat bagi mengikut wasiatnya.

Ustaz Arifin menjalani rawatan penyakit kanser yang dialami sejak tahun lalu.

Ustaz Arifin yang berasal dari Samarinda, Kalimantan ini terkenal dengan cara berceramah dan suara tersendiri. Ustaz Arifin juga merupakan pengasas pertubuhan dakwah Adz-Dzikra dan mempunyai ramai pengikut.

Allahyarham Ustaz Ariffin bersama tiga isteri.
Allahyarham Ustaz Arifin.
Allahayarham Ustaz Arifin di hospital.

Beliau dikenali dengan kejayaannya merukunkan kehidupan beristeri tiga. Beliau beristerikan Yuni Djamaludin Way (1998), Raina Bawazer (2010) dan Hani Akhtar Permana (2017)

Kira-kira sebulan lalu Ustaz Arifin kembali ke Indonesia dan kembali semula ke Pulau Pinang dengan pesawat khas untuk menjalani rawatan lanjut.

Ustaz Ariffn seperti sudah menjangka ajalnya menjelang tiba. Tidak lama dahulu Ustaz Arifin mempersiapkan kain kapan dan menempah tapak perkuburan serta mewasiatkan jenazahnya di kebumi berhampiran sebuah masjid di Bogor.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here