Perdebatan dan pertikaian kuota matrikulasi melampaui adab dan kesopanan tidak sesuai – Amin

Perdebatan dan pertikaian kuota matrikulasi melampaui adab dan kesopanan tidak sesuai – Amin

 

Sebagai Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusan Jemaah Menteriberhubung isu kuota matrikulasi itu.

 

KUALA LUMPUR — Perdebatan dan pertikaian yang berterusan membabitkan pelbagai pihak berhubung keputusan Kabinet mengekal kuota kemasukan pelajar ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, keadaan ituboleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Katanya, oleh itu kami percaya sebagai Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusan Jemaah Menteriberhubung isu kuota matrikulasi itu.

“Maka dalam konteks ini kami warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terus untuk mempertahankan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan dilaksanakan sepenuhnya dan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Baru-baru ini,beberapa pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP menuntut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memohon maaf dan menarik balik kenyataan serta membidas beliau kerana mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan bahasa Mandarin sebagai syarat mendapat pekerjaan.

Minggu lalu, portal berita melaporkan Maszlee sebagai berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, juga perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.

Pada 24 April lalu, Kabinet bersetuju sebulat suara mengekalkan kuota kemasukan dengan 90 peratus untuk pelajar Bumiputera, manakala 10 peratus kepada bukan Bumiputera.

Dengan keputusan itu,jumlah pengambilan pelajar untuk memasuki Program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini, ditingkatkan kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 pada tahun lalu.

Susulan keputusan itu, jumlah pelajar Bumiputera yang berpeluang memasuki matrikulasi pada tahun ini, meningkat daripada 22,500 kepada 36,000 orang, manakala jumlah pelajar bukan Bumiputera meningkat daripada 2,500 kepada 4,000.

–Berita Harian

 

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.