PTPTN: Jika tak bayar hutang, seolah-olah mencurilah…

0
56

Ulasan Oleh DATUK REJAL ARBEE

Fikirkan pelajar-pelajar yang ada sekarang khusus yang miskin tanpa PTPTN bagaimana mereka hendak menghadapi kehidupan mereka setiap hari?

APA sudah jadi dengan kita orang Melayu, khususnya, beribu-ribu pelajar yang pernah menerima bantuan pinjaman PTPTN?

Kini, apabila sudah tamat pengajian di universiti dan telah bekerja dengan menerima gaji yang baik, amat malang sekali mereka tidak kisah langsung untuk membayar balik hutang PTPTN.

Hutang tak kira daripada mana sekali pun mesti dilunaskan!

Kenapa agaknya apabila sudah bekerja dan menerima pendapatan yang baik malah ada di antara mereka bergaji besar, malangnya nak bayar balik RM100 sebulan pun tidak mahu.

Susah sangatkah nak keluarkan RM100 sebulan?

Mereka tidak ambil kisah langsung terhadap sebarang usaha untuk menyelesaikan hutang PTPTN mereka.

Hutang ialah hutang, tidak kira apa pun jenisnya.

Ia mesti dilunaskan.

Ia bukanlah pemberian percuma.

Apakah mereka ini tidak terfikir dari mana duit yang pernah mereka terima itu kalau bukan daripada cukai yang dibayar oleh rakyat?

Semua pelajar yang pernah menerima wang dari PTPTN semestinya tahu bila tak bayar balik hutang bermakna mereka tidak langsung hiraukan rakyat.

Ada di antara mereka berpuasa tak tinggal di bulan Ramadan malah ada yang kuat bersolat. Malangnya hutang PTPTN mereka tak mahu bayar balik.

Satu sen pun liat nak kembalikan.

Apa maknanya berpuasa dan beribadah apabila hutang sendiri pun tak ambil pot, tak ambil kisah langsung!

Ada pula di antara mereka ini bila bercakap tak kalah, malangnya hal pokok iaitu hutang mereka kepada PTPTN tidak pula diambil kisah.

Apakah tidak pernah terlintas di benak mereka bahawa hutang tetap hutang dan mesti dibayar balik?

Jadi kepada semua mereka itu gunalah otak sikit, jangan buat-buat lupa.

Orang kata pendapatan yang mereka terima itu tak berkat apabila hutang tidak mahu diselesaikan.

Fikirkan pelajar-pelajar yang ada sekarang khusus yang miskin tanpa PTPTN bagaimana mereka hendak menghadapi kehidupan mereka setiap hari?

Jika kita tak bayar balik hutang, seolah-olah ia seperti mencurilah…

BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here