Mukhriz mohon ampun kepada Sultan Johor

0
28

“Kekhilafan itu juga tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah,” katanya.

 

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini telah mengutuskan surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon ampun di atas kekhilafan beliau kerana tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, Mukhriz menyatakan bahawa beliau telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

“Kekhilafan itu juga tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah,” katanya.

Hari ini tular di laman sosial satu video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian Mukhriz didakwa enggan bersalaman dengan Sultan Johor dan anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ketika Istiadat Pemakaman Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah, di Pekan semalam.

Dalam video berkenaan, Mukhriz dilihat hanya mengangkat tangan ketika tiba gilirannya bersalaman dengan Sultan Ibrahim sebelum kemudiannya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tindakan Mukhriz tersebut mengundang pelbagai kritikan dan perbalahan pendapat daripada rakyat selain menerima desakan daripada pelbagai pihak supaya beliau meminta maaf kepada Sultan Johor.

— BERNAMA

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here