Zakat TH perkasa sosioekonomi golongan asnaf Melaka

0
56
Gambar atas: Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menerima bayaran Zakat TH daripada Ketua Pengurusan Portfolio (Ekuiti Domestik) TH, Haji Meor Khairi Meor Mohd Bazid.

 

Bayaran zakat bagi negeri Melaka kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding 2017 (RM 2,100,930.99).

 

MELAKA– Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 2,693,964.62 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Pejabat Ketua Menteri Melaka,  Adly Zahari.

Beliau telah menerima bayaran Zakat TH daripada Ketua Pengurusan Portfolio (Ekuiti Domestik) TH, Haji Meor Khairi Mohd Bazid.

Bayaran zakat bagi negeri Melaka kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding 2017 (RM 2,100,930.99).

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah, terutama golongan asnaf,” kata Haji Meor Khairi.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memegang replika cek Zakat 2018.
Wakil Pengurusan TH bergambar bersama Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. Dari kiri, Haji Mohamed Ekmal Hisham Ahmad Shamsuddin, Pengurus Kanan (Dana Ekuiti Domestik); Haji Meor Khairi bin Meor Mohd Bazid, Ketua Pengurusan Portfolio (Ekuiti Domestik);Haji Amat Kassim Pait, Pengarah TH Negeri Melaka; dan Hamzil Mohamadan, Pengurus Kanan Penjenamaan Korporat TH.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Zakat Melaka ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Melaka bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6% (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61).

Tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat menyasarkan golongan yang memerlukan melalui penganjuran program berbentuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan. Inisiatif tersebut diharap memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf.

Turut hadir pada majlis tersebut, termasuk Timbalan Pengerusi Zakat Melaka Datin Mahani Othman Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Abd Halim Ismail, Pengarah TH Negeri Melaka Haji Amat Kassim Pait, ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka dan anggota-anggota TH.

—BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here