Impian Ustaz Arifin beristeri empat tidak kesampaian

Impian Ustaz Arifin beristeri empat tidak kesampaian
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

Allahyarham Ustaz Arifin ingin memperlihatkan kepada masyarakat bahawa perkahwinan poligami mampu dijalani secara nikmat jika masing-masing yang terlibat mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing dan faham erti sebenar poligami.

 

ANTARA impian Allahyarham Ustaz Arifin Ilham yang tidak tercapai ialah untuk mencukupkan kuota perkahwinan dengan mempunyai isteri keempat. Perkara ini disahkan oleh salah seorang sahabat Allahyarham , Ustaz Harizal dalam siaran Hot Kiss di stesen TV Indosiar pagi semalam.

Menurut Ustaz Harizal, Allahyarham Ustaz Arifin ingin memperlihatkan kepada masyarakat bahawa perkahwinan poligami mampu dijalani secara nikmat jika masing-masing yang terlibat mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing dan faham erti sebenar poligami.

Setakat ini menurut Ustaz Harizal, Ustaz Arifin mampu memperlihatkan kerukunan hubungan sesama isteri-isterinya.

Selain mempunyai tiga isteri, beliau dikenali dengan kejayaannya merukunkan kehidupan beristeri tiga, Yuni Djamaludin Way (1998), Raina Bawazer (2010) dan Hani Akhtar Permana (2017). Ustaz Arifin mempunyai lapan anak

Bagaimanapun, Allahyarham tidak sempat melihat anak bongsunya yang berusia dua bulan hasil perkahwinan dengan Hani Akhtar. Malah Allahyarham hanya melakukan qamat terhadap anak bongsunya melalui video call dari Pulau Pinang ketika menjalani rawatan.

Kekuatan pengaruh Ustaz Arifin di Indonesia terbukti dengan  ketibaan jenazah kelmarin, solat jenazah hingga permakamannya  dihadiri ramai dari pelbagai lapisan.

Solat jenazah Ustaz Arifin di dua masjid berasingan diimamkan oleh anak sulungnya Muhammad Alvin Faiz dan anak keduanya Ameer Azzikra.

Kematian Ustaz Ariffin turut mendapat liputan meluas media cetak, Internet dan media sosial Indonesia.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.