TH bayar zakat sebanyak RM1.71 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah

0
1

KOTA KINABALU – Lembaga Tabung Haji (TH) semalam (24 Mei) menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 1,706,981.57 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di The Maggelan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima bayaran Zakat TH itu daripada  Pengarah Negeri TH Sabah, Datin Nurlaila Said.

Bayaran zakat bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding tahun 2017 (RM 1,331,855.04).

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf,” kata Nurlaila.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh MUIS ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Sabah bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6% (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61).

Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui penganjuran program berbentuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan. Inisiatif tersebut diharap memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf.

Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Haji Aidi Mokhtar,  Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Haji Uda Sulai,  Yang Dipertua MUIS Datuk Dr Hasbullah Mohd Taha, pegawai-pegawai MUIS dan anggota-anggota TH.

–BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here