Indonesia tarik balik sekatan Internet

Indonesia tarik balik sekatan Internet
Gambar atas: Rudiantara (kanan) dalam wawancara khas di Liputan 6, SCTV petang semalam.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

INDONESIA  menarik balik sekatan Internet mulai jam 3 (waktu Malaysia)  tadi. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Penerangan, Rudiantara dalam wawancara eksklusif di Liputan 6, stesen TV SCTV petang semalam.

Menurut beliau penarikan larangan penggunaan media sosial ekoran rusuhan di seluruh negara semakin berjaya ditangani.

Sebelum ini Menteri Koordinasi Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Wiranto   mengumumkan sekatan terhadap Internet ekoran meluasnya laporan berita palsu (hoax) di media sosial selepas terjadinya  rusuhan di Jakarta pada 22 Mei (Rabu) lalu.

Rusuhan di Jakarta juga merebak di beberapa kawasan lain di Indonesia menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menyekat kebebasan Internet buat sementara waktu.

Sementara itu Presiden Joko Widodo dalam wawancara khas dengan stesen TV Indonesia berkata, kerajaan akan memastikan keadaan negara kembali aman. Beliau turut memberi kebebasan pihak berkuasa polis dan tentera menjalankan tugas dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan .

–BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.