Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

 

Oleh PROF  EMERITUS HASHIM YAACOB

 

PERPECAHAN Melayu adalah punca bangsa lain menjadi kuat.

Bangsa lain telah sedia maklum tentang perkara ini dan mengambil kesempatan untuk membina kekuatan mereka.

Kalau inilah hakikatnya, maka jadilah Melayu itu musuhnya sendiri.

Inilah perkara utama yang perlu diperbaiki, dan bukannya menyalahkan orang lain semata-mata.

Apakah kemungkinan Melayu boleh bersatu? Atau sampai mati pun Melayu tak akan bersatu?

Kalau kita sudah tahu punca kelemahan kita ini, maka wajib kita bertindak sehabisan memperbaiki diri dan bangsa.

Tidak boleh lagi Melayu bersedih menyesali sikap dan perangai jahat bangsa lain yang merosakkan Melayu.

Melayu mesti mencari ubat untuk bersatu.

Politik Melayulah yang memecah belahkan Melayu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Sri Anwar Ibrahim, Datuk Sri Haji Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali elok duduk semeja berusaha mencari jalan penyatuan, kerana merekalah ketua-ketua kepada puak-puak Melayu.

Kalau enggan, jawablah nanti kepada anak cucu dan Tuhan nanti kerana mengabaikan nasib bangsa.

Berpegang pada Tali Allah, Melayu dan Islam itu kononnya. Saya tidak menghasut, sekadar mengingatkan.

Bancian populasi Malaysia pada 2017 ialah seperti berikut:

Bumiputera 61.7% (Melayu dan Pribumi termasuk Orang Asli, Dayak, Anak Negeri), Cina 20.8%, India 6.2%, dan lain-lain 0.9%, bukan Warganegara 10.4%.

Mengikut fahaman agama adalah seperti berikut: Islam (Rasmi) 61.3%, Buddhist 19.8%, Kristian 9.2%, Hindu 6.3%, Confucianisme, Taoisisme, lain-lain agama tradisional Cina 1.3%, lain-lain 0.4%, tiada agama 0.8%, tidak diketahui  1%.

Peratusan populasi Bumiputera dan Pribumi jelas sangat tinggi.

Kalau mengikut yang beragama Islam, peratusan Melayu adalah lebih tinggi.

Kenapakah mereka ini hidup seolah-olah mereka adalah kaum minoriti?

Jawabnya ialah kerana mereka enggan bersatu hati.

Mereka berpecah belah sedaya yang boleh.

Setiap kumpulan tidak ubah seperti enau dalam belukar, masing-masing bertungkus lumus melepaskan pucuk bagi kepentingan diri sendiri.

Itulah hakikatnya bangsa Melayu beragama Islam di negara kita ini.

Makin lama makin parah nampaknya.

Dalam keadaan lemah ini, Melayu tidak akan dapat melaksanakan hasrat dan cita-cita untuk bersaing dengan kaum yang lain.

Ikuti nukilan hati saya ini…

 

KE MANA KAU MELAYUKU

Melayuku zaman ini
di kampung di kota
sedang bersengketa mereka.
Berpecah tiga, empat dan lima
tidak lagi sekata.

Tidak nampak Melayuku ini
pada bara yang mengunggun
menunggu membakar mereka!

Mari Melayuku kita ke kota:
Melihat gedung jualan
dan bangunan menyergam
kita berasa megah.
Kita pun menjadi jaguh
pada cakap dan pandang.
Yang menyergam itu
bukan kita pemiliknya!

Mari Melayuku pulang ke kampung:
Kita fikirkan
apakah lima puluh tahun nanti
di tanah pusaka turun temurun ini
kita masih akan di sini?

Mari kita fikirkan,
cara memadamkan bara
yang kian menjadi api
membakar kita nanti!

 

 — BebasNews

 

Please follow and like us:
error

5 Responses to "Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia"

  1. Ayobidris  26/05/2019 at 6:02 pm

    Mlyu tok pecah guanonya,blh jd krjn kesama2 mlyu wat nyanyo

    Reply
  2. mdalwi  26/05/2019 at 9:57 pm

    benar sekali prof

    Reply
  3. Norashikin  27/05/2019 at 1:14 am

    Assalam.. Kita Melayu sebenarnya Tak ada formula sekarang ni sbb Yakin Dan tulus terhadap Bangsa lain sehingga lupa bahawa Allah Subhanallah ada firman dalam surau AL Kafirun.. “Kafir “.maka mereka satu ketika akan kelalaian just..
    Tetapi itu tidak akan melemahkan Fardu kifayah Islam Melayu.. Insyaaallah satu ketika akan ada pengorbanan untuk membu
    ktikan Bangsa Melayu Malaysia tetap kuat, utuh disamping pertolongan Allah.. Allahuakhbar.. Allahukhbar.. Amin.. Alfateha..

    Reply
  4. Addull Hallim Hamad  28/05/2019 at 5:58 am

    Punca perpecahan Melayu adalah KERABA MAU.KUASA DAN WANG.

    Reply
  5. Faqir jalanan  28/05/2019 at 6:01 am

    Takbir molek negara… Hancurkan amalan rasuah…. Lahirkan pekerja yang intergriti… Lantik pemimpin yang boleh memimpin.. InsyaAllah melayu bersatu padu… Pemerintah ok… InsyaAllah rakyat turut ok…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.