Bekas ahli politik bergelar Datuk Seri sedang disiasat SPRM Kedah

Bekas ahli politik bergelar Datuk Seri sedang disiasat SPRM Kedah

ALOR SETAR — Seorang bekas ahli politik bergelar Datuk Seri sedang disiasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedahberhubung penyelewengan penggunaan dana sebuah persatuan yang beroperasi di negeri ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata Datuk Seri berusia 60-an itu memegang jawatan penting dalampersatuan berkenaan dan disyaki menyeleweng dana mencecah jutaan ringgit.

“Kita sudah memanggil beberapa kakitangan dalam persatuan itu untuk disoal siasat, sekarang kita dalam proses siasatan lagi mengenai penyelewengan dalam persatuan berkenaan.

“Selepas ini jika perlu kita akan panggil beliau (Datuk Seri) ini pula untuk membantu siasatan,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Shaharom Nizam berkata sebanyak 50 kertas siasatan dibuka sejak Januari hingga sekarang yang membabitkan 79 tangkapan dan sebanyak 12 kes sudah dibawa ke mahkamah.

“Banyak lagi kes yang sedang dalam kajian tetapi kita akan berusaha untuk mempercepatkan siasatan bagi membolehkan kes tersebut dibawa ke mahkamah.

“Malah sekarangjuga kita sedang menjalankan siasatan terhadap pihak pengurusan tertinggi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membabitkan kes tuntutan palsu yang turut mencecah nilai jutaan ringgit,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.