Orang kuat Prabowo ditahan kerana disyaki sebar berita palsu

0
37
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SALAH seorang orang kuat kepada calon Presiden Indonesia yang tewas,Prabowo Subianto,, ditahan polis jam 3 pagi semalam di rumahnya di Kompleks Bintaro, Jakarta Selatan kerana disyaki melakukan kegiatan menyebarkan berita palsu berkaitan rusuhan pada 22 Mei lalu.

Mustofa Nahra yang merupakan anggota Badan Pemenangan Nasional (BPN) (kumpulan kempen) bagi Prabowo Subianto- Sandiago Uno didakwa melakukan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Dia dikatakan melakukan  berita palsu melalui akaun twitternya @AkaunTofa dan TofaLemonTofa.

Mustofa menjadi individu pertama yang ditahan di bawah undang-undang membanteras berita palsu ekoran peristiwa 22 Mei lalu.

Penahanan Mustofa turut disaksi oleh sejumlah petugas media.

Mustofa kini ditahan di ibu pejabat polis di Jakarta Selatan dan akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat.

Penahanan Mustofa dibuat beberaja jam selepas Prabowo mengajukan keadilan kepada Mahkamah Konstutusi sebagai membantah kemenangan Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia.

Sementara itu Presiden Joko Widodo dalam satu wawancara ekslusif di Indosiar semalam meminta rakyat melupakan peristiwa 22 Mei lalu dan rakyat bersatu demi kemakmuran negara.

Beliau  tetap mahu individu yang merosakkan kesejahteraan rakyat dikenakan tindakan tegas dan menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here