Sarawak yakin mampu eksport hidrogen

Tenaga hidrogen terhasil dengan menggunakan teknologi memisahkan dua molekul hidrogen dengan satu molekul oksigen daripada air.

Sarawak yakin mampu eksport hidrogen
Gambar: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (tiga dari kanan) mengisi Gas Hydrogen H2 ‘ ketika melawat Loji Pengeluaran Bersepadu Hidrogen dan Stesen Isian, di Syarikat Sesco Berhad Western Region Office di Kuching. NSTP/L. MANIMARAN.

 

“Sarawak akan meneruskan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan pengeluaran hidorgen memandangkan ada permintaan di pasaran antarabangsa bagi bekalan kuasa berkenaan.”

 

KUCHING — Sarawak optimis menjadi negeri pertama di negara ini mengeksport hidrogen ke pasaran global dengan sebuah negara luar sudah menunjukkan minat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata potensi pengeluaran hidrogen di negeri ini mempunyai potensi besar berdasarkan kekayaan sumber airnya yang cukup besar.

“Sarawak akan meneruskan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan pengeluaran hidorgen memandangkan ada permintaan di pasaran antarabangsa bagi bekalan kuasa berkenaan.

“Sebuah negara sudah menunjukkan minat untuk mengimport hidrogen dari Sarawak, namun negara berkenaan tidak didedahkan setakat ini kerana rundingan masih berjalan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan loji perintis bagi penghasilan hydrogen dan stesen pengisian hidrogen, di Estet Perindustrian Bintawa, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Datuk Amar James Masing Jemut, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili.

Loji berkenaan dibangun dan diuruskan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan syarikat utiliti milik kerajaan negeri itu juga bertanggungjawab dalam usaha mengkomersialkan penggunaan tenaga hidrogen di negeri ini.

Tenaga hidrogen terhasil dengan menggunakan teknologi memisahkan dua molekul hidrogen dengan satu molekul oksigen dari air. Sarawak sebelum ini mensasarkan tenaga berkenaan menyumbang kepada sumber pendapatan baharu bagi mengelak kebergantungan kepada eksport bahan bakar fosil.

Sementara itu, Abang Johari berkata, sejumlah RM50 juta diperuntukan tahun ini bagi menyokong R&D dalam pelbagai bidang, termasuk hidrogen.

“Tahun lalu, kami (kerajaan negeri) membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk kajian hidrogen. Kabinet masih memikirkan peruntukan untuk agenda pembangunan sehingga tahun 2030,” katanya.

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.