Opick buka rumah 24 jam terima kunjungan

Opick buka rumah 24 jam terima kunjungan
Gambar atas: Kotak menyimpan rambut Rasulullah dibuka untuk tontonan orang ramai/Foto: Detik

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

Walapun dipertikai sejumlah ulama termasuk Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI), Opick tetap yakin bahawa barangan yang berharga itu adalah rambut Rasulullah.

 

PENYANYI dan pencipta lagu dakwah terkenal Indonesia Opick, 45, kini membuka kediamannya 24 jam untuk dikunjungi  bagi membolehkan orangramai melihat kotak kaca yang didakwa mengandungi sehelai rambut Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimanapun, selebriti dengan nama penuhnya ,Ainul Ropiq Lal Firdaus  tetap kekal dengan janjinya dengan hanya mengizinkan orang ramai melihat helaian rambut Rasulullah tiga hari dalam setahun iaitu pada 1 Muharam, Maulidur Rasul dan 1 Muharam.

Kompleks kediaman Opick yang dikenali sebagai Rumah Umat Tombo Ati yang terletak di  Jakarta Timur ini kini menjadi salah satu destinasi kunjungan di Jakarta.

Rumahnya kini menerima ratusan pengunjung  pelbagai peringkat dari seluruh Indonesia setiap hari. Pengunjung  termasuk dari sejumlah negara ASEAN termasuk Malaysia dan Turki. Malah terdapat sejumlah pelancong bukan Islam dari Amerika Syarikat.

Rambut Rasulullah disimpan dalam bekas kaca dalam kotak kaca tersebut.

Sebagai langkah keselamatan rumah Opick diberi kawalan 24 jam oleh pasukan dikenali sebagai The Core Guardian diketuai oleh Panglimanya Kiki Kembang.

The Core Guardian meliputi anggota 136 kumpulan beladiri  (pesilat) di Jakarta dan kawasan sekitar meliputi Depok, Banten dan Kirawang. Kumpulan ini bertugas secara bergilir.

Rumah Opie juga merupakan tempat menyimpan pelbagai golok termasuk koleksi bersejarah.

Rambut Rasullulah itu di bawa dari Turki awal Ramadan lalu. Menurut Opick beliau menjadi salah seorang diberi kepercayaan untuk menyimpan harta paling berharga itu oleh Dewan Ulama Thariqah International Turki.

Opick berserta isteri Bebi Silvana serta beberapa anggota The Core Guardian

Opick sering ke Turki atas misi keamanan dan dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah jemputan Dewan Ulama Tharariyah.

Walapun dipertikai sejumlah ulama termasuk Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI), Opick tetap yakin bahawa barangan yang berharga itu adalah rambut Rasulullah.

Menurut Opick barang berharga diberi sijil pengesahan serta mendapat susun galur penyimpannya dan beliau bangga menjadi salah seorang penyimpannya.

Rambut tersebut disimpan di bawah suhu 25 darjah, terhalang dari sinar dan ada dua helai kain yang menutupinya.

Untuk dibersihkan, ketika Maulud ia dicelupkan ke air zam-zam dan  diberi pengawasan  24 jam.

—BebasNews

Please follow and like us:
error

One Response to "Opick buka rumah 24 jam terima kunjungan"

  1. jarlon  06/06/2019 at 9:12 am

    teringin nak tengok .. bole test ori ke tak … nak tau caranya sila layari page saya ..
    https://facebook.com/rojakcincau

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.