Sejarawan dan ahli akademik Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia

0
33
Gambar: Sejarawan terkemuka negara Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira 10 pagi tadi. Tokoh sejarawan itu merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937. Mendiang merupakan seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. –fotoBERNAMA 

 

KUALA LUMPUR — Sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, kira-kira 10.13 pagi tadi.

Anak keduanya Rubin Khoo, 47, berkata ayahnya pernah membuat pembedahan pintasan pada Oktober tahun lepas dan keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan.

“Walaupun begitu dia masih tabah sehingga akhir hayatnya. Kami sedang menguruskan hal ini dan akan memaklumkan hal pengebumian nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here