MAIDAM terima zakat TH berjumlah RM6.52 juta

0
29

KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 6,522,964.21 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal di Istana Syarqiyyah di sini.

Baginda berkenan menerima bayaran tersebut daripada Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

Bayaran zakat bagi Terengganu ini mencatatkan peningkatan sebanyak 26.4% berbanding 2017 (RM5,162,195.54).

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat sebagai tanggungjawabnya dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah, terutama bagi golongan asnaf,” kata Datuk Ahmad Ruzman.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat digunakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk program-program zakat Terengganu bagi manfaat golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6% (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61).

Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui penganjuran program berbentuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu A. Rahman Yahya,, Mufti Negeri Terengganu Datuk Dr. Haji Zulkiply Muda,Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Datuk Haji Osman Muda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Haji M Rozi Bidin, Pengarah TH Negeri Terengganu Datuk Mohyen Mosman, wakil pengurusan MAIDAM dan anggota-anggota TH.

—BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here