Pengumuman Dr Mahathir legakan peneroka FELDA

Pengumuman Dr Mahathir legakan peneroka FELDA

 

“Pemberian RM300 itu sedikit sebanyak melegakan warga FELDA walaupun jumlahnya agak sedikit berbanding tahun lalu.” – Mazlan

 

KUALA LUMPUR — Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan pemberian bantuan khas RM300, melegakan 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF), Datuk Mazlan Aliman, berkata sudah menjadi kelaziman sejak tahun 2011 lagi, peneroka FELDA akan menunggu-nunggu pengumuman kerajaan berkaitan insentif Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, katanya, pengumuman Perdana Menteri yang kini berada di Jepun amat melegakan warga FELDA keseluruhannya walaupun jumlah diumumkan lebih sedikit berbanding tahun sebelum.

“Alhamdulillah, saya mewakili NGO FELDA sangat mengalu-alukan dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap peneroka FELDA dan ia (pengumuman) amat ditunggu-tunggu oleh mereka.

“Apabila pemberian RM300 itu diumumkan ia sedikit sebanyak melegakan warga FELDA walaupun jumlahnya agak sedikit berbanding tahun lalu, namun kami memahami keadaan dihadapi kerajaan sekarang dan ia sekurang-kurangnya membantu mereka membeli barangan dapur untuk menyambut Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mazlan berkata, pemberian insentif ini juga menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap warga FELDA sedangkan sebelum ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan tiada bantuan raya disalurkan.

“Apabila pengumuman ini dibuat bagi saya ia amat memadai.

“Sebagai tambahan saya ada memohon daripada Felda Global Venture (FGV) supaya memberi dividen kepada peneroka sempena Aidilfitri ini namun masih belum ada maklum balas,” katanya.

-Berita Harian

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.