Zakat TH sebanyak RM4.59 juta bantu asnaf Pahang

0
33
Gambar: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima zakat perniagaan Tabung Haji (TH) sejumlah RM4,597,045.24 daripada Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Seri Zukri Samat (dua, kiri) ketika berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Asnaf di Masjid Sultan Ahmad Satu semalam. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. –fotoBERNAMA

 

KUANTAN – Lembaga Tabung Haji (TH) menyampaikan zakat berjumlah RM 4,597,045.24 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Baginda menerima bayaran tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Sri Zukri bin Samat.

Tahun ini negeri Pahang mencatatkan peningkatan pungutan zakat sebanyak 25.7% berbanding 2017 (RM 3,657,354.30).

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6% (RM85.57 juta) berbanding 2017 (RM67.61 juta).

Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang Datuk Haji Halidan Md Daud, Pengarah TH Negeri Pahang Hajah Musalimah Mustaffa,; para pengurusan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta anggota-anggota TH.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here