Siasat punca kematian 14 Orang Asli suku Batek – TPM

0
51
Gambar: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada majlis Jamuan Hari Raya Perdana di Masjid Kumang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang. NSTP/MIKAIL ONG

 

 

KUALA LUMPUR — Dakwaan kononnya kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, mempunyai kaitan dengan pencemaran kolam yang menjadi sumber air masyarakat itu akan disiasat dengan teliti, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam sekitar dipatuhi.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji dasar alam sekitar berhubung dengan aktiviti pembalakan dan perlombongan terutama berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli.

“Penguatkuasaan yang lebih ketat dan dasar pencegahan adalah beberapa langkah yang akan diambil perhatian,” katanya.

Dr Wan Azizah turut melahirkan rasa sedih selepas mendengar kematian 14 penduduk Orang Asli suku Batek itu.

“Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan,” katanya.

Media melaporkan pencemaran air bukit dan anak sungai Lebir dekat Kampung Kuala Koh, dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih mangan sehingga menyebabkan kematian 14 penduduk Orang Asli suku Batek.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, dilaporkan berkata kementeriannya akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar supaya tidak hanya membuat tuduhan semata-mata.

Katanya, sampel air sudah diambil bagi menentukan sama ada ia tercemar hasil daripada aktiviti perlombongan atau sebaliknya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/572484/siasat-punca-kematian-14-orang-asli-suku-batek-tpm
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here