Sila ‘viral’ gambar pengguna jalan raya buang sampah dari kenderaan, kata pakar motivasi

“Kita belum bertamadun. Kita masih memiliki mentaliti kelas ke-3, jauh daripada menjadi negara maju."

Sila ‘viral’ gambar pengguna jalan raya buang sampah dari kenderaan, kata pakar motivasi

SEORANG pakar motivasi meluahkan rasa kekecewaannya terhadap sikap pengguna jalan raya yang membuang sampah dari kenderaan.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, sikap tidak bertamadun itu menjadi lebih parah ketika musim perayaan apabila berlakunya kesesakan jalan raya.

Katanya, sikap demikian memberi gambaran jelas bahawa Malaysia masih gagal mendidik warganya menjadi pembersih.

“Kita belum bertamadun. Kita masih memiliki mentaliti kelas ke-3, jauh daripada menjadi negara maju.

“Viralkan biar semua sedar peri pentingnya menjaga kebersihan. Kalau yang melakukan kerja ini orang Islam, kita patut rasa malu sebab agama kita anjurkan sikap bersih lagi suci,” katanya dalam satu hantaran di Facebook dengan turut memuat naik beberapa gambar dipercayai diambil ketika musim perayaan kali ini.

Pakar motivasi Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

“Ia berlaku sepanjang masa. Musim perayaan jadi lebih teruk,” katanya.

Pakar motivasi Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Ketika dihubungi FMT, Asmadi enggan mendedahkan lokasi dan tarikh rakaman itu diambil, sebaliknya berkata, sikap atau kejadian sedemikian tidak berlaku di kawasan tertentu, sebaliknya di seluruh negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya merakam gambar pemandu yang membuang sampah dari kenderaan agar tindakan boleh dikenakan terhadap mereka, seterusnya menjadi contoh pengajaran kepada pengguna lain.

“Sebagai manusia, sudah sampai masanya kita peka tentang bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia, tetapi kena peka dan jaga hubungan kita dengan alam.

“Kena tingkatkan lagi kempen. Letak ‘billboard’ sebagai peringatan. Siapa yang nampak ambil gambar atau video pelaku dan ‘viralkan’.

“…waktu puncak perlu ada penguat kuasa peronda bermotosikal untuk pantau dan saman. Kempen sediakan plastik sampah dalam kereta,” katanya lagi.

Beliau berkata, perbuatan membuang sampah dari kenderaan bukan lagi disebabkan sikap individu semata-mata, sebaliknya telah menjadi budaya kerana ia dilakukan banyak pihak.

“Perlu dibetulkan pemikiran yang masih tidak sedar akan pentingnya menjaga kebersihan. Apabila semua orang ambil gambar dan viral, lama kelamaan orang malu nak buat,” katanya.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sebelum ini bersetuju orang ramai merakam gambar pemandu yang membuang sampah dari kenderaan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

http://bit.do/eUDou
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.