Jong Nam selalu jumpa ejen CIA di KL, diupah AS$120K

0
25
Gambar atas: Kim Jong Nam (kiri) dan Kim Jong Un (kanan)

 

Setakat ini para pegawai Korea Selatan dan AS berkata bahawa pihak berkuasa Korea Utara memerintahkan pembunuhan Jong Nam, yang sering kritik pemerintahan dinasti keluarganya sendiri sebagai teori mendiang diracun dengan ejen saraf. Pyongyang menafikan dakwaan itu.

 

WASHINGTON DC – Abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, iaitu Kim Jong Un yang dibunuh di Malaysia pada 2017, merupakan pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), menurut Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan eksklusif 10 Jun.

Akhbar tersebut hanya memetik sumber daripada “seseorang yang tahu mengenai hal itu” namun tidak pula berani dedahkan nama sebenarnya dan ia menambah bahawa banyak butiran tentang hubungan rahsia Jong Nam dengan CIA bagaimanapun sebenarnya masih tidak jelas.

Agensi berita antarabangsa Reuters dalam pada itu tidak dapat pengesahan kesahihan dakwaan WSJ tersebut apabila pegawai CIA yang dihubungi enggan mengulas dengan lebih lanjut sekali gus menjadikan berita ‘panas’ berkenaan sebagai hanya berbaur spekulasi media semata-mata.

WSJ menukil individu tersebut yang konon berkata “ada perhubungan” rapat antara CIA dengan Jong Nam tetapi beberapa bekas pegawai AS berkata bahawa mendiang yang sudah tinggal lama di luar Korea Utara selama bertahun-tahun tiada memiliki pangkalan kuasa di Pyongyang.

“Justeru tidak mungkin Jong Nam boleh beri butiran mengenai kerja dalaman negara berahsia itu,” lapor WSJ. Mantan pegawai AS itu namun berkata bahawa Jong Nam besar kemungkinan ada hubungan baik dengan perkhidmatan keselamatan di negara-negara lain, terutama China.

Setakat ini para pegawai Korea Selatan dan AS berkata bahawa pihak berkuasa Korea Utara memerintahkan pembunuhan Jong Nam, yang sering kritik pemerintahan dinasti keluarganya sendiri sebagai teori mendiang diracun dengan ejen saraf. Pyongyang menafikan dakwaan itu.

Peranan Jong Nam sebagai pemberi maklumat CIA turut disebut dalam sebuah buku terbaharu mengenai Jong Un iaitu “The Great Successor” tulisan wartawan akhbar Washington Post, Anna Fifield yang mula dijual di pasaran hari ini dengan banyak petik kenyataan sumber perisikan.

Antaranya dia dakwa Jong Nam sering jumpa ejen CIA di Singapura dan Kuala Lumpur malah rakaman kamera litar tertutup untuk trip terakhir mendiang di ibu kota Malaysia memaparkan dia ada di sebuah lif hotel dengan seorang lelaki berwajah Asia yang dipercayai perisik agensi itu.

Buku itu turut lapor beg galas Jong Nam mengandungi wang tunai AS$120,000 yang mungkin upah diterima hasil pemberian maklumat kepada CIA namun sumber keselamatan antarabangsa pula mendakwa ia mungkin pendapatan mendiang sendiri daripada perniagaan kasino miliknya.

Dua wanita warga asing yang ditahan polis Malaysia dan dituduh atas dakwaan racun Jong Nam dengan tekap muka mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang, Selangor pada 14 Februari 2017 bagaimanapun dibebaskan pihak mahkamah tahun ini.

Menurut WSJ yang petik sumber CIA, Jong Nam memang datang ke Malaysia pada awal Februari 2017 untuk bertemu dengan individu hubungan agensi perisikan AS itu meskipun tujuan perjumpaan itu mungkin bukan berkaitan pertukaran maklumat rahsia.

– Agensi
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here