Kalau  memilh  tempat  mandi, pertama  teluk kedua  pantai

0
72

 

Oleh TAMRIN TUN GHAFAR

 

  1. Walaupun tempoh tamat perkhidmatan Khalil Yaakub sebagai Tuan Yang Terutama ( TYT )  atau Gabenor  Negeri Melaka tamat pada bulan April 2020, namun secara senyap – senyap usaha lobi-melobi sudah pun bermula.

 

  1. Khalil yang dipilih oleh Dollah Badawi sebagai balasan mengenepikan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ketika itu, telah Mengangkat Sumpah Jawatan TYT dalam tahun 2004.

 

  1. Menjelang 2020, Khalil akan berusia 80 tahun dan menjadi TYT selama 16 tahun lamanya.

 

  1. Bemula dengan Tun Leong Yew Koh sehingga kini BELUM PERNAH lagi anak kelahiran Melaka diangkat sebagai TYT.

 

  1. Apakah ini balasan ALLAH SWT terhadap rakyat Melaka diatas kekejaman Sultan Mahmood yang dibunuh semasa dijulang oleh Megat Sri Rama, Laksamana Bentan di suatu ketika dahulu? Wallahuaklam!!

 

  1. Walau pun tidak penting namun hari ini selepas 61 tahun Merdeka, rakyat Melaka ingin melihat buat pertama kali seorang anak kelahiran negeri itu dipilih sebagai Tuan Yang Terutama atau Gabenor yang baru.

 

  1. Jangan ketepikan pesan datuk nenek kita dahulu yang berbunyi – “Jika Memilih Tempat Mandi , Pertama Teluk, Kedua Pantai”.

 

“Jika Memilih Ketua, Pertama Elok , Kedua Pandai”.

 

  1. Ungkapan ini membawa maksud yang mendalam.

 

  1. Seperti Sultan, TYT atau Gabenor adalah lambang sesebuah negeri, justeru mereka yang dipilih MESTILAH mempunyai intergriti yang baik yang boleh dihormati oleh rakyat negeri berkenaan.

 

  1. Ini zaman Tun Dr. Mahathir yang mengutamakan integriti daripada kesetiaan (loyalty).

 

  1. Apa gunanya mempunyai pemimpin yang loyal atau setia tapi tidak punyai latar belakang yang baik.

 

  1. Apakah Perdana Menteri akan memilih orang yang sudah terpalit dengan berbagai skandal, seperti merogol anak gadis bawah umur sehingga melahirkan anak, berzina dengan gadis keturunan Portugis, salah guna kuasa dan rasuah?

 

  1. Tun mempunyai pilihan, memilih Tan Sri Rahim Noor , mantan IGP atau Tan Sri Abu Talib Othman, mantan Peguam Negara sebagai
    Gabenor Melaka yang baru.

 

  1. Kedua – dua mereka adalah anak kelahiran tulen Negeri Melaka.

 

  1. Inilah hadiah yang paling bermakna dan berharga kepada rakyat Melaka sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Melaka pada 10hb Jun ini.

 

  1. Jika anak kelahiran Kedah, Tunku Abdul Rahman boleh mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Negara di Padang Bandar Hilir , Melaka  pada bulan Februari 1956, maka tidak menjadi isu jika kali ini anak keturunan Kedah juga mengisytiharkan bahawa mulai April 2020 seorang anak Melaka yang dihormati  akan di angkat buat pertama kalinya sebagai Tuan Yang Terutama (TYT ) Melaka.

 

  1. 17. “BIARLAH SIRIH PULANG KE  GAGANG”.

 

  1. Semoga segala apa yang dihajatkan dimakbulkan ALLAH SWT.

 

  1. Selamat Berhari Raya.

 

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here