Khabib diiktiraf atlit MMA paling tinggi terima bayaran

0
2
Gambar: Khabib Nurmagomedov

 

HEBAT… Bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov kini merupakan atlit yang terima bayaran paling tinggi di Ultimate Fighting Championship (UFC) selepas perbaharui kontrak dengan syarikat berpusat di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu untuk kemunculannya.

Khabib, 30, akan pertahankan kejuaraan kategori lightweight yang disandangnya apabila bertemu dengan juara lightweight baharu, Dustin Poirier menerusi acara UFC 242 yang dijadualkan berlangsung pada 7 September depan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengurusnya, Ali Abdelaziz berkata, beliau dan Khabib teruja malah puas hati dengan kontrak baharu itu, sambil sifatkan ia lebih adil, lapor portal MMAFighting. UFC diasaskan pada tahun 1993 bagi promosi sukan MMA secara komersial dan telah anjur lebih 400 acara di seluruh dunia.

“Kami berasa sangat gembira. Kami dijaga dengan baik. Kami tidak minta lebih daripada itu. Kami sangat bersyukur. Rundingan paling mudah yang pernah saya lakukan. Ia adil, telus. Ini adalah salah satu tawaran terbesar dalam sejarah UFC sendiri,” kata Ali dipetik MMAFighting.

Menurutnya lagi, antara sebab Khabib terima bayaran tinggi sedemikian adalah kerana atlit Muslim dari Rusia itu merupakan peserta MMA yang paling hebat ketika ini, waima belum pernah tewas dalam kesemua 27 perlawanan termasuk 8 berakhir dengan keputusan knock-out.

“Beliau tidak pernah lagi kalah. Beliau menguasai setiap pusingan terhadap hampir kesemua lawannya. Beliau juga tidak ambil (dadah), tiada apa-apa rekod disiplin. Inilah sebabnya beliau ialah atlit MMA yang berjaya menerima bayaran paling tinggi di UFC hari ini. Percayalah.

“Beliau ialah atlit dengan bayaran tertinggi di UFC hari ini. Dan saya katakan sekali lagi kerana saya melihat segala-galanya. Mereka dah tunjukkan kepada saya. Khabib ialah atlit dengan bayaran tertinggi di UFC dan kami gembira. Kini masa untuk bertarung,” katanya lagi.

Satu lagi faktor utama yang beri inspirasi kepada Khabib menjelang pertarungan dengan Poirier di UFC 242 ialah kehadiran bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov, yang akan kembali temani anaknya di Abu Dhabi. Sebelum ini, isu berkaitan visa imigresen sering halangnya iringi Khabib.

Bagaimanapun, beliau kini miliki peluang cerah menemani anaknya sendiri apabila Khabib berlawan dengan Poirier pada September nanti. Khabib yang berketinggian 178 sentimeter dan berat 70 kilogram, telah menyertai American Kickboxing Academy sejak tahun 2012 sehingga kini.

Nama beliau muka jadi sebutan apabila berjaya tumbangkan legenda MMA dari Ireland, Connor Anthony McGregor dalam perlawanan UFC 229 di Nevada, AS pada 6 Oktober 2018 yang catat jumlah tontonan berbayar tertinggi dalam sejarah sukan tersebut.

– Agensi
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here