Restoran Muslim Silu Ramen edar 100 mangkuk Mee Tarik Daging

Restoran Muslim Silu Ramen edar 100 mangkuk Mee Tarik Daging

Oleh Wartawan BebasNews

RESTORAN makanan Cina Muslim terbaharu di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur, akan mengagihkan 100 mangkuk mee tarik daging selepas solat Jumaat 14 Jun ini mulai jam 3 hingga 5 petang.

Restoran itu, Muslim Silu Ramen — Mi Tarik Silu terletak di 317 Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemilik bersama restoran itu, Yusuf Liu berkata, agihan itu dilakukan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan kedatangan bulan Syawal.

“Saya dah pemilik bersama iaitu sepupu saya Mohamed Liu Zhong Tang yang membuka restoran itu baru-baru ini berniat untuk mengagihkan kepada penggemar makanan Cina Muslim asli dari Tanah Besar.

“Istimewanya, makanan pada hari itu akan disumbang oleh Datuk Haji Mustafa Ma, mantan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, juga anak kepada ulama terkenal, Haji Ibrahim Ma,” kata Yusuf, pemastautin tetap Malaysia.

Yusuf yang dikenali sebagai Haji Yusuf juga merupakan penulis buku hubungan Cina Muslim dan rantau Melayu.

Bukunya bertajuk China Muslim dan Hubungannya dengan Alam Melayu telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Buku Negara 2019 di Pesta Buku Kebangsaan baru-baru ini.

 

Haji Yusuf Liu (duduk dua dari kanan) dan pelanggan istimewanya Tan Sri Matshah Safuan dan keluarga.

Antara menu di Restoran Muslim Mee Tarik Silu di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Alamat Restoran: Mi Tarik Silu
315, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2602 0141
https://maps.app.goo.gl/JuiCYwRDZe4yt92H8

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.