Adik Afdlin Shauki meninggal dunia

0
25

KUALA LUMPUR — Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, berkongsi berita sedih adiknya, Jefri Adzman Aksan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya, sekitar jam 5.14 petang.

Jefri dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Damansara, menyebabkannya mengalami cedera parah di kepala, Ahad lalu.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Aksan pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5.14 petang di Hospital Thomson, Kota Damansara. Sekejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami Jep.. Yeop sayang kau Jep.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak, insya-Allah di Jannah. Tak aci ‘korang’ dah bersama. Ya Allah, jagalah mereka, hindarkanlah (dirinya) daripada seksa kubur, elakkan daripada azab api neraka, elakkan daripada fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan daripada fitnah dajjal.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

“Kepada mereka yang mengenali adik saya, saya memohon maaf atas segala kesilapan beliau dan halalkan makan serta minumnya. Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, bolehlah menghubungi saya,” kongsi Afdlin di laman sosial Instagramnya.

Semalam, pelakon Buli dan Buli Balik itu memohon pertolongan orang ramai mengesan kereta jenis Myvi berwarna hijau yang dipercayai melanggar Jefri dalam kejadian berkenaan.

Menerusi rakaman video di IG Live pelakon itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya segera.

Dalam rakaman itu, beliau turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku di simpang tiga lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.

Sebelum itu, Afdlin, 48, turut memaklumkan adiknya sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku di kepala.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/06/573491/adik-afdlin-shauki-meninggal-dunia
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here