Belalang juta musnahkan 2,500 hektar tanah Sardinia

Belalang juta musnahkan 2,500 hektar tanah Sardinia

BERJUTA-JUTA belalang juta telah memusnahkan sekurang-kurangnya 2,500 hektar tanaman di Sardinia, kata kesatuan peladang Itali iaitu Coldiretti, dengan pakar pertanian tempatan turut gelar ia sebagai serangan paling teruk dalam tempoh tujuh dekad

Kawasan paling teruk terjejas ialah Nuoro, Ottana dan Orani yang terletak di tengah pulau Laut Mediterranean tersebut, dengan kebanyakan tempat masih lagi diselubungi serangga berkenaan, kata Coldiretti menerusi satu kenyataan media di ibu kota Itali kelmarin.

Serangan itu disifatkan adalah yang paling teruk di kawasan tersebut sejak 70 tahun, beritahu ahli entomologi Ignazio Floris kepada akhbar La Stampa. Malahan ada petani anggap insiden kali ini lebih buruk berbanding rekod terakhir pada Perang Dunia Kedua.

Ledakan belalang juta lazimnya dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak dalam suhu selepas cuaca sejuk berakhir pada awal bulan Mei, dengan kebanyakan serangga kecil muncul dari tanah yang belum dikerjakan para petani kerana belum cukup panas.

Amalan bercucuk tanam dan tuai hasil pertanian sebelum musim sejuk secara kebiasaan tidak galak serangga tersebut untuk bertelur dengan aktif pada musim luruh dan ia juga mampu halang mereka capai tempoh matang sepanjang musim panas berikutnya.

“Belalang juta muncul di tanah yang tidak dikerjakan tetapi mereka pergi ke tanah yang telah dikerjakan untuk cari makan,” kata Coldiretti sambil menambah bahawa setakat ini belum lagi ada penyelesaian terbaik kepada bending serangan oleh serangga perosak itu.

Jurucakap Coldiretti, Michele Arbau dalam pada itu berkata: “Kami pernah tempuh musim kemarau pada tahun 2017 dan kemudian terima kadar hujan yang banyak pula pada tahun 2018. Ini sebenarnya iklim ideal untuk belalang juta muncul subur biak dengan produktif.”

Beliau memberi amaran bahawa tiada apa dapat dilakukan sepanjang tahun ini bahkan ada tanda risiko serangan yang lebih teruk pada tahun depan kecuali tindakan pencegahan dilakukan mulai sekarang namun enggan ulas kos kerugian ditanggung petani.

Sardinia yang merupakan pulau berkeluasan 24,000 kilometer persegi dengan penduduk hanya 1.7 juta orang, dari segi ekonomi tidak banyak bergantung kepada sektor pertanian dengan sumbang cuma 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar untuk wilayah itu.

Bahkan 20 peratus daripada tanah di pulau ini diguna bagi bidang pertanian manakala lebih 60 peratus untuk ternakan hampir empat juta kambing biri-biri sekali gus bilangan haiwan itu dari segi nisbah kawasan lebih tinggi berbanding Australia dan New Zealand.

https://www.dailymail.co.uk/wires/pa/article-7125151/Livestock-farmers-Sardinia-plagued-swarms-locusts.html
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.