PKR tolak politik kotor, henti sebar video seks sejenis

“Gaya dan cara berpolitik seperti ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara,” Saifuddin.

PKR tolak politik kotor, henti sebar video seks sejenis

PKR hari ini menggesa semua pihak berhenti menyebarkan klip video seks sejenis didakwa membabitkan seorang menteri dan ahlinya yang disifatkan politik kotor.

Ia susulan seorang daripada dua lelaki dalam klip video itu mengaku dirinya ialah setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin, serta seorang lagi individu itu didakwa ialah menteri kanan Kabinet yang juga pemimpin kanan PKR.

“Gaya dan cara berpolitik seperti ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan.

Muhammad Haziq Aziz dalam video 30 saat yang dimuat naik ke Facebook kira-kira 3 pagi tadi, mengaku dirinya terbabit dalam klip video seks sejenis itu dan menamakan seorang menteri kanan yang turut muncul dalam rakaman berkenaan.

Beliau yang menganggotai PKR Bahagian Santubong di Sarawak, turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat menteri itu yang disifatkannya “bukan individu layak menjadi pemimpin”.

Katanya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 3 klip video kelihatan seperti keadaan dalam sebuah bilik hotel dengan bunyi buletin berita asing kedengaran, disebarkan di WhatsApp sejak semalam bersama tangkap layar transaksi RM3 juta sebuah syarikat kejuruteraan kepada seorang menteri 2 tahun lalu.

Susulan itu, pemimpin Umno, Lokman Adam semalam membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan transaksi itu.

Hari ini, Saifuddin memberi jaminan PKR tidak akan tersasar daripada amanah membantu kerajaan persekutuan merangka dasar dan program untuk membantu rakyat serta membangunkan negara.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/12/pkr-tolak-politik-kotor-henti-sebar-video-seks-sejenis/
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.